KEPENTINGAN PENGGUBALAN AKTA PENDIDIKAN 1996 KE ARAH MELESTARIKAN PENDIDIKAN MALAYSIA(PUTRI NURAMIERA)
PUTRI NURAMIERA AMILIA BINTI ALIAS (D20211098475)
Kepentingan penggubalan Akta Pendidikan 1996 ke arah melestarikan Pendidikan Malaysia
Menjadikan sistem Pendidikan lebih sistematik
Dengan panduan Akta Pendidikan 1996, konsep sistem Pendidikan kebangsaan
dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pendidikan
pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi dan juga merangkumi semua kategori
sekolah iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Hal ini
dapat dibuktikan dengan Seksyen 15 dan Seksyen 16 dalam Akta Pendidikan 1996 yang
telah memperjelaskan tentang Sistem Pendidikan Kebangsaan yang meliputi semua
peringkat dan jenis sekolah atau institusi pendidikan kecuali sekolah ekspatriat.
Menjadi garis panduan/rujukan perlaksanaan Pendidikan
Akta Pendidikan 1996 memantapkan sistem Pendidikan kebangsaan sejajar dengan
perubahan masa dengan mengutamakan ilmu pengetahuan sebagai penentu utama
kearah tujuan negara dan penyelamat bangsa supaya dapat menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan Pendidikan bermutu tinggi. Di samping itu, Akta Pendidikan 1996
juga melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang mempunyai daya inovasi dan kreatif serta
menyumbangkan fikiran dan tenaga terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara seperti termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Memartabatkan Bahasa Melayu
Akta Pendidikan 1996 mengukuhkan kedudukan Bahasa Melayu dengan peruntukannya
sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem Pendidikan kebangsaan dan mata
pelajaran teras. Demikian itu, Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai mata pelajaran yang
wajib diajar di semua sekolah dan institusi Pendidikan. Menurut seksyen 17 dalam akta
Pendidikan 1996 Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar utama di semua sekolah
atau institusi namun ada kelonggaran di Sekolah Jenis Kebangsaan atau sekolah-sekolah
lain yang diberi pengecualian.
Menyediakan Kurikulum Kebangsaan dan sistem Pendidikan yang sama
Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaran dengan kehendak negara
apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 wajib
diguna oleh semua pihak. Oleh itu, murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah
akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan. Demikian
itu, kita dapat menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian
murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita bagi melestarikan pendidikan di negara
kita
Mempertingkatkan Pendidikan Teknik
Demi melestarikan pendidikan di Malaysia, Akta Pendidikan 1996 menumpu perhatian
kepada kemahiran dan teknikal selaras dengan kecenderungan terhadap pendidikan sains
dan teknologi bagi memenuhi tenaga kerja dalam sektor tersebut. Akta Pendidikan 1996
telah menukar taraf Sekolah Vokasional kepada Sekolah Teknik dan membolehkan
Politeknik untuk mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi,
Perbadanan atau Organisasi Perindustrian untuk mengendalikan khusus teknik atau
vokasional, program Latihan dan program pertukaran sama ada dalam atau luar negara
Mengambil kira kepentingan semua kaum
Akta Pendidikan 1996 melestarikan Pendidikan di Malaysia dengan mengambil kira
kepentingan semua kaum dan mengekalkan status kuo sekolah rendah jenis kebangsaan
dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Dalam hal tersebut, sekolah-sekolah
tersebut, Lembaga Pengelola dan Sekolah Conforming dan Sekolah Mission kekal
mengambil Unified Examination. Selain itu, akta Pendidikan 1996 juga memperutukkan
pengajaran Bahasa Suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik
diadakan. Demikian itu, perpaduan dan permuafakatan antara rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dapat terjamin.
Comments
Post a Comment