PERBANDINGAN KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN AKTA PELAJARAN 1951 DALAM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN NEGARA

 WAN NUR SYAFIKA ATHISHA BINTI WAN AB AZIZ (D20211098476)


Akta Pendidikan 1996 ditubuhkan adalah berdasarkan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak 1956 yang mempunyai asas daripada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Akta ini adalah bertujuan untuk menubuhkan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara dan menggalakkan pembangunan ekonomi, sosio-budaya serta politik disamping menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, demi menjaminkan perkembangan dalam bidang ini, muncul pula Laporan Hussein Onn 1971 dan Laporan Mahathir 1976. Kedua -dua laporan ini adalah untuk mengkaji semula akta yang dibuat sebelumnya. Setelah tempoh pelaksanaannya melebihi 35 tahun, Akta Pendidikan 1996 mula diperkenalkan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam penyata pendidikan sebelum ini yang telah menggariskan beberapa perkara yang penting. Akta ini lebih menfokuskan kepada sistem pendidikan negara yang baru dan boleh menghadapi cabaran alaf baru.Oleh hal yang terdapat beberapa perbezaan antara kandungan Akta Pendidikan 1996 dengan Akta Pelajaran 1961 dalam mempengaruhi perkembangan pendidikan negara.


Kategori Sekolah

Antara perbandingan kandungan Akta pendidikan 1996 dengan Akta pelajaran 1961 dalam mempengaruhi perkembangan pendidikan negara dapat dilihat melalui kategori sekolah. Sekolah bantuan kerajaan sepenuhnya terdiri daripada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menenngah kebangsaan. Walau bagaimanapun, akta pendidikan 1996 juga mengambil inisiatif untuk membentuk keserataan dengan menjadikan sekolah jenis kebangsaan Tamil SRJK (T) dan sekolah jenis kebangsaan Cina SJK (C) dibawah bantuan kerajaan sepenuhnya. Ini dapat memberikan nafas baru kepada bangsa lain yang menetap di negara ini untuk sama-sama memajukan negara kearah yang lebih baik. Hal ini berbalik dengan Akta Pelajaran 1961yang hanya menfokuskan kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan sekolah sekolah bantuan kerajaan sepenuhnya.



Pendidikan Prasekolah

Perbandingan yang dapat dilihat menerusi Akta Pendidikan 1996 dengan Akta Pelajaran 1961 dalam dilihat menerusi pendidikan di prasekolah.  Pendidikan awal telah diberikan kepada anak-anak di prasekolah adalah untuk merangsang pemikiran dan minda, membina sikap yang baik serta berakhlak yang memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Oleh itu, akta Pendidikan 1996 dalam seksyen 22 telah memperuntukkan garis panduan kurikulum untuk prasekolah bagi tujuan penyelarasan yang wajib digunakan di prasekolah. Hal ini juga amatlah penting dalam memastikan standard pendidikan terhadap kanak-kanak dapat dicapai sesuai dengan perkembangan pada umurnya. Akta pelajaran 1961 pula tidak mewajibkan garis panduan digunakan di semua tadika.



Pendidikan Teknik dan Vokasional

Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat dilihat dalam seksyen 37 Akta Pendidikan 1996 yang membolehkan politeknik berkerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan, atau organisasi perindustrian. Hal ini secara tidak langsung memberikan kesan yang baik dalam meningkatkan proses pengajaran dan teknikal dalam bidang ini. Tambahan juga, ini akan melancarkan organisasi ini supaya berada dalam keadaan yang baik dan lancar. Selain itu juga, seksyen 38 juga membolehkan politeknik mengadakan kursus pengajaran atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan institusi lain. Hal ini sememangnya mendatangkan manfaat yang berpanjangan kerana pelajar dan Pendidikan vokasional ini dapat meluaskan kemahiran di mana-mana institusi yang menawarkan kursus kemahiran disamping diiktiraf. Sebaliknya dalam Akta Pelajaran 1996 tidak mengandungi peruntukan terhadap hal ini. Oleh itu, jelaslah bahawa Akta Pendidikan 1996 telah melakukan perubahan yang besar terhadap bidang ini demi meacu perkembangan Pendidikan yang lebih baik dan seimbang.



Pendidikan Guru

Perbandingan yang dapat dilihat seterusnya ialah menerusi Pendidikan guru. Akta Pendidikan 1996 telah mengubah corak dalam Pendidikan guru bagi melancarkan perjalanan dalam bidang perguruan ini. Dalam seksyen 47 membolehkan maktab  perguruan mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau siji. Hal ini adalah penting dalam menambahkan ilmu yang sedia ada kearah yang lebih tinggi dan luas untuk menjadi guru yang berpengetahuan dalam pelbagai bidang yang dipelajari. Selain itu, penganjuran program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan adalah dibenarkan bagi tujuan perkembangan dan perkongsian ilmu dan bertukar-tukar pandangan dari pelbagai institusi yang lain, manakala peruntukan mengenai pendidikan guru dibuat secara umum dalam kandungan Akta Pelajaran 196.



Pengajaran Pendidikan Agama Islam, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

Dalam seksyen 50 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib diajar kepada pelajar islam di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan termasuklah sekolah swasta jika mempunyai sekurang- kurangnya 15 orang pelajar islam manakala Akta Pelajaran 1961 mewajibkan Pendidikan Islam apabila terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar islam di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan sahaja. Selain itu, Akta Pendidikan 1991. Memeperkatakan pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil di sekolah kebangsaan atau sekolah menengah kebangsaan sekiranya ada permintaan yang dibuat oleh 15 orang ibu bapa atau lebih. Hal ini adalah untuk memastian kemudahan dapat dibuat dengan baik dan terancang. Dalam Akta Pendidikan 1961, pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil boleh dibuat apabila terdapat permintaan daripada 15 orang ibu bapa atau lebih dan diluluskan jika didapati munasabah dan praktikal. Oleh hal yang demikian dilihat akta Penddidkan 1991 lebih tertumpu kepada perkembangan Pendidikan yang mantap.

 Kesimpulannya, terdapat banyak perbandingan yang dapat dilihat dari Akta Pendidikan 1991 dan Akta Pelajaran 1961. Kekurangan yang dapat dilihat dari Akta 1961 yang telah dilaksanakan selama 35 tahun itu menjadikan akta itu disemak semula untuk tujuan penambahbaikan yang sesuai dengan peredaran zaman yang bertujuan untuk memperkembangkan lagi bidang pendidikan di negara ini. Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan baru, akan tetapi ia menunjukkan kesinambungan kepada Akta Pendidikan 1961.


Comments

Popular posts from this blog

RUJUKAN / BAHAN

ANALISIS KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996 DARI KOMPONEN PERATURAN BERKAITAN INSTITUSI PENDIDIKAN DAN KURIKULUM(AMIRUL)