ANALISIS KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996 DARI KOMPONEN PERATURAN BERKAITAN INSTITUSI PENDIDIKAN DAN KURIKULUM(AMIRUL)

 MUHAMMAD AMIRUL ANUAR BIN JAMALUDDIN (D20211098477)

         

                       INFOGRAFIK PERATURAN-PERATURAN KHUSUS

Kandungan Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996 mempunyai 16 bahagian dan 17 peraturan yang berkaitan dengan sistem pendidikan di Malaysia.

·         16 BAHAGIAN

Bahagian 1

Tajuk ringkas dengan nama akta iaitu Akta Pendidikan 1996, tarikh mula kuatkusa yang telah ditentukan serta tafsiran atau definisi.

Bahagian 2

Pentadbiran dengan melantik pegawai-pegawai untuk menguruskan hal-hal pentadbiran sistem pendidikan di semua peringkat.

Bahagian 3

Penubuhan majlis pendidikan kebangsaan yang berfungsi menasihati menteri dalam hal pendidikan dan boleh mengawal selia prosedur sendiri.

Bahagian 4

Sistem pendidikan kebangsaan yang terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan tinggi dan tidak termasuk sekolah expratriat

Bahasa melayu digunakan sebagai bahasa pengantar utama di semua institusi kecuali sekolah jenis kebangsaan dan mana-mana institusi yang dikecualikan oleh pihak menteri

Bahagian 5

Penilaian Dan Peperiksaan

Bahagian 6

Pendidikan Tinggi

Bahagian 7

Institusi Pendidikan Swasta

Bahagian 8

Pendaftaran Institusi Pendidikan

Bahagian 9

Pendaftaran Guru

Bahagian 10

Jemaah Nazir Sekolah

Bahagian 11

Kewangan

Bahagian 12

Rayuan

Bahagian 13

Peraturan-peraturan

Bahagian 14

Kesalahan dan penalti

Bahagian 15

Kepelbagaian kurikulum pendidikan

Bahagian 16

Peralihan dan pemansuhan

Semua bahagian-bahagian ini mempunyai peranan yang cukup besar bagi memantapkan sistem pendidikan kebangsaan.

   17 PERATURAN

 

Peraturan 1

Peraturan-peraturan pendidikan (Kurikulum Pra Sekolah) 1997 yang mengandungi bahan kurikulum, masa dan penilai ditentukan oleh ketua pendaftar dan penilaian dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Peraturan 2

Peraturan-peraturan Pendidikan (Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik) 1997 bertindak dalam penubuhan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan sijil satu diploma politeknik, menentukan dasar, mengesahkan dan mengumumkan keputusan peperiksaan, tindakan tatatertib, menimbang rayuan serta menentukan penganugerahan sijil dan diploma.

Peraturan 3

Peraturan berkaitan kurikulum pra sekolah

Peraturan 4

Peraturan berkaitan kurikulum kebangsaan

Peraturan 5

Peraturan berkaitan penilaian dan peperiksaan

Peraturan 6

Peraturan berkaitan penggal, hari dan cuti sekolah-sekolah kerajaan

Peraturan 7

Peraturan mengenai pendaftaran institusi pendidikan swasta

Peraturan 8

Peraturan mengenai pengiklanan institusi pendidikan swasta

Peraturan 9

Peraturan mengenai penubuhan persatuan ibubapa dan guru (PIBG) di sekolah kerajaan.

Peraturan 10

Peraturan mengenai penerbitan majalah sekolah dan bahan multimedia di sekolah

Peraturan 11

Peraturan mengenai piawaian yang harus dipatuhi oleh institusi pendidikan swasta

Peraturan 12

Peraturan mengenai sistem peperiksaan, penilaian dan persijilan Institusi Perguruan (IPG) di Malaysia

Peraturan 13

Peraturan mengenai kursus pengajian dan program latihan di Institusi Perguruan Malaysia (IPG)

Peraturan 14

Peraturan mengenai kawalan disiplin murid di institusi pendidikan swasta

Peraturan 15

Peraturan mengenai sistem peperiksaan dan penganugerahan sijil/diploma di peringkat pengajian politeknik

Peraturan 16

Peraturan mengenai kurikulum kursus pengajian dan program latihan di peringkat pengajian politeknik

Peraturan 17

Peraturan mengenai penerimaan murid ke sekolah penyimpanan daftar dan syarat bagi pengekalan murid belajar di sekolah

12.2.3 PERATURAN BERKAITAN INSTITUSI PENDIDIKAN

1. PERATURAN INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA

- Institusi pendidikan swasta yang menyediakan pendidikan rendah atau menengah atau kedua-duanya dikehendaki mematuhi kehendak kurikulum kebangsaan(seksyen 74)

-Institusi pendidikan swasta yang menyediakan pendidikan lepas menengah dikehendaki mengadakan mata pelajaran Bahasa Kebangsaan,Pengajian Melayu,Bahasa Inggeris,Pengajian Inggeris,Pendidikan Islam (bagi pelajar islam) dan pendidikan moral bagi pelajar bukan islam(seksyen 75)

-Pelajar asing dikecualikan

2. PERATURAN PENDIDIKAN KHAS

-Menteri boleh mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah (seksyen 40)

-Menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh dan pendidikan khas (seksyen 41)

3. PERATURAN PENDIDIKAN ISLAM

-Pendidikan Islam dijadikan salah satu daripada mata pelajaran teras[seksyen 18(2)]

-Pendidikan Islam wajib diajar kepada setiap murid di semua jenis sekolah jika setiap murid di semua jenis sekolah jika terdapat 05 orang /lebih orang Islam(seksyen 150)

4. PERATURAN BAHASA KEBANGSAAN

-Diperuntukkan dengan jelas bahawa Bahasa kebangsaan adalah pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan (seksyen 17)


5.PERATURAN PENDIDIKAN GURU

-Maktab perguruan boleh mengendalikan program pengajian di peringkat ijazah dan lain-lain bentuk pengiktirafan kelayakan melalui program kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi atau universiti dari dalam atau luar negeri(seksyen 47)



PERATURAN :

1. KURIKULUM KEBANGSAAN

-Wajib digunakan oleh semua sekolah dalam sistem pendidikan(seksyen 18)

2. KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN

-Diperuntukkan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan(seksyen 15)

-Menteri Pendidikan boleh menubuh dan menyelenggara tadika(seksyen 21 )

-Semua tadika diwajibkan menggunakan garis panduan kurikulum prasekolah yang (akan) dikeluarkan oleh kementerian pendidikan(seksyen 22)


3. PENDIDIKAN RENDAH

-Tempoh pendidikan rendah 5-7 tahun(seksyen 29)


4.PENDIDIKAN MENENGAH

-Terbahagi kepada 3 jenis pendidikan menegah di sekolah  menegah kebangsaan seperti sekolah menengah akademik,sekolah menengah teknik dan sekolah menengah daripada apa-apa perihal lain yang ditentukan oleh menteri dari semasa ke semasa

-Tertakluk kepada peruntukkan akta ini,menteri boleh mengadakan pendidikan menengah atas dengan nama sekolah menengah kebangsaan.


5. PENDIDIKAN SELEPAS MENENGAH 

-Pendidikan ini telah diadakan di sekolah menengah,kolej-kolej atau institusi pendidikan yang sesuai


6. PENDIDIKAN TINGGI

-Bertujuan mempertingkatkan penyertaan penduduk bagi kumpulan umur antara 19 sehingga 24 tahun mendapat pendidikan tinggi dengan menambah bilangan universiti awam(UA) dan institusi pendidikan tinggi swasta(IPTS)


7. PENDIDIKAN TEKNIK&POLITEKNIK

-Politeknik boleh mengadakan program pengajian atau program peringkat sijil,diploma atau lain-lain bentuk pengiktirafan kelayakan dengan institusi pendidikan tinggi dalam dan luar negeri(seksyen 38)


8.PENDIDIKAN JEMAAH NAZIR SEKOLAH

-Jemaah Nazir sekolah terletak di bawah tanggungjawab Menteri Pendidikan(seksyen 6)

-Nazir sekolah hanya berfungsi sebagai penasihat(seksyen 118)


9. PENILAIAN & PEPERIKSAAN

-Murid-murid daripada semua jenis dan kategori sekolah disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kementerian (seksyen 19 dan seksyen 67)

Comments

Popular posts from this blog

RUJUKAN / BAHAN

PERBANDINGAN KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN AKTA PELAJARAN 1951 DALAM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN NEGARA