Posts

PENGENALAN NAMA AHLI KUMPULAN, NAMA PENSYARAH DAN AKTA PENDIDIKAN 1996

Image
  KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR UNIT 12 AKTA PENDIDIKAN 1996: PEMBENTUKAN DAN KANDUNGAN   PROJEK KREATIF KUMPULAN 12 (AHLI KUMPULAN):    1) PUTRI NURAMIERA AMILIA BINTI ALIAS (D20211098475)  2) WAN NUR SYAFIKA ATHISHA BINTI WAN AB AZIZ  (D20211098476) 3) MUHAMMAD AMIRUL ANUAR BIN JAMALUDDIN (D20211098477) 4) NUR AIN SYAFIKA BINTI MOHD NOOR   (D20211098478) KUMPULAN SUBJEK: U DISEMAK OLEH: ABD MALEK BIN SELAMAT Pengenalan Kandungan Akta Pendidikan 1996         Akta Pendidikan 1996 telah dibahagikan kepada 16 bahagian dan 17 peraturan yang berkaitan dengan pendidikan. 16 bahagian yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 ialah bahagian 1 yang mengandungi tajuk ringkas dengan nama akta iaitu Akta Pendidikan 1996,tarikh mula kuat kuasa yang telah ditentukan oleh Menteri serta tafsiran atau definisi. Seterusnya bahagian 2 iaitu pentadbiran dengan melantik pegawai-pegawai untuk menguruskan hal-hal...

RUJUKAN / BAHAN

  RUJUKAN   BUKU   Lembaga Penyelidikan Undang-undang, (2007) Akta Pendidikan 1996. Petaling Jaya : International Law Book Services   Mohd. Ismail Othman.(2004). Undang-undang untuk pengetua dan guru besar. Bentong: PTP   Publilication & Distributors Sdn.Bhd.   Noriati A. Rashid et al. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Syed Ismail & Mohd Subki. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.   Tie Fatt Hee. (2002). Undang-undang Pendidikan di Malaysia. Shah Alam: Penerbit Fajar    Bakti Sdn.Bhd. Zaini Abdullah, (2020) Modul Perkembangan Pendidikan Di  Malaysia : falsafah dan dasar.  INTERNET   Ahmad Azli, Akta Pendidikan 1996: id.slideshare.net/kokilavanni/akta-pendidikan-1996   Amir Harun, Bab 1: Isu dan Cabaran Pendidikan semasa di ambil daripada: www.amaljaya.com/.../BAB%202_GURU%20DAN%20PERUNDANGA   Ahmad Fauzi bin Mohamed, Perbandingan Akta Pe...

KEPENTINGAN PENGGUBALAN AKTA PENDIDIKAN 1996 KE ARAH MELESTARIKAN PENDIDIKAN MALAYSIA(PUTRI NURAMIERA)

PUTRI NURAMIERA AMILIA BINTI ALIAS (D20211098475) Kepentingan penggubalan Akta Pendidikan 1996 ke arah melestarikan Pendidikan Malaysia Menjadikan sistem Pendidikan lebih sistematik Dengan panduan Akta Pendidikan 1996, konsep sistem Pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pendidikan pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi dan juga merangkumi semua kategori sekolah iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Hal ini dapat dibuktikan dengan Seksyen 15 dan Seksyen 16 dalam Akta Pendidikan 1996 yang telah memperjelaskan tentang Sistem Pendidikan Kebangsaan yang meliputi semua peringkat dan jenis sekolah atau institusi pendidikan kecuali sekolah ekspatriat. Menjadi garis panduan/rujukan perlaksanaan Pendidikan Akta Pendidikan 1996 memantapkan sistem Pendidikan kebangsaan sejajar dengan perubahan masa dengan mengutamakan ilmu pengetahuan sebagai penentu utama kearah tujuan negara dan penyelamat b...

PERBANDINGAN KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN AKTA PELAJARAN 1951 DALAM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN NEGARA

Image
  WAN NUR SYAFIKA ATHISHA BINTI WAN AB AZIZ (D20211098476) Akta Pendidikan 1996 ditubuhkan adalah berdasarkan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak 1956 yang mempunyai asas daripada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Akta ini adalah bertujuan untuk menubuhkan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara dan menggalakkan pembangunan ekonomi, sosio-budaya serta politik disamping menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, demi menjaminkan perkembangan dalam bidang ini, muncul pula Laporan Hussein Onn 1971 dan Laporan Mahathir 1976. Kedua -dua laporan ini adalah untuk mengkaji semula akta yang dibuat sebelumnya. Setelah tempoh pelaksanaannya melebihi 35 tahun, Akta Pendidikan 1996 mula diperkenalkan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam penyata pendidikan sebelum ini yang telah menggariskan beberapa perkara yang penting. Akta ini lebih menfokuskan kepada sistem pendidikan negara yang baru dan boleh menghadapi ca...

ANALISIS KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996 DARI KOMPONEN PERATURAN BERKAITAN INSTITUSI PENDIDIKAN DAN KURIKULUM(AMIRUL)

Image
 MUHAMMAD AMIRUL ANUAR BIN JAMALUDDIN (D20211098477)                                   INFOGRAFIK PERATURAN-PERATURAN KHUSUS Kandungan Akta Pendidikan 1996 Akta Pendidikan 1996 mempunyai 16 bahagian dan 17 peraturan yang berkaitan dengan sistem pendidikan di Malaysia. ·           16 BAHAGIAN Bahagian 1 Tajuk ringkas dengan nama akta iaitu Akta Pendidikan 1996, tarikh mula kuatkusa yang telah ditentukan serta tafsiran atau definisi. Bahagian 2 Pentadbiran dengan melantik pegawai-pegawai untuk menguruskan hal-hal pentadbiran sistem pendidikan di semua peringkat. Bahagian 3 Penubuhan majlis pendidikan kebangsaan yang berfungsi menasihati menteri dalam hal pendidikan dan boleh mengawal selia prosedur sendiri. Bahagian 4 Sistem pendidikan kebangsaan yang terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan tinggi dan tida...